berita

Saharul Ridzwan Kembali Dalam Drama Terbaru. Dengar Cerita Jadi Bibik!

October 29th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Sebuah drama bersiri terbaru berjudul Mr Bibik bakal membuka tirai malam ini jam 7 malam di slot Akasia TV3 dan pada aplikasi iQiyi pada hari yang sama jam 8 malam. Drama bersiri ini merupakan sebuah drama yang diinspirasikan dari sebuah novel terkenal karya Aein Dhiyauddin yang juga diberi judul Mr Bibik. Jangan lupa untuk saksikan gandingan handal Saharul Ridzwan dan Zara Zya yang memegang watak utama di dalam drama ini. 

Drama Mr Bibik akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula malam ini jam 7 malam di TV3 dan di aplikasi iQiyi sejam selepas tayangan iaitu pada jam 8 malam. Bagi pelanggan VIP iQiyi, korang boleh akses episode baru sejam selepas siaran TV3 dan untuk pelanggan percuma, korang juga boleh akses 24 jam kemudian.

Jom kita tengok apa yang menarik dalam Drama Mr Bibik ni!

Lelaki lagi hebat mengemas dari perempuan?

Apa! Aulia (Zara Zya) hampir mengamuk bila dapat tau kawan baiknya Siti, menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya?

Mana taknya, selalunya kalau jawatan pembersih rumah ni memang khas untuk perempuan kan? Ha, mujur Siti berjanji yang dia tak akan kenakan sebarang bayaran kalau biarkan lelaki tu berkerja sebagai Mr Bibik.

Tapi satu hari, bila Firas (Saharul Ridzwan) datang ke kondonya untuk membersihkan rumah buat kali kedua, mereka kena tangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia!

Apa lagi, Tan Sri Halim, ayah Aulia pun paksa mereka berdua untuk berkahwin, namun Aulia tak rela untuk bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya tukang bersih rumah.

Kalau dah jodoh tak kemana

Firas pun sama juga, tak nak kahwin dengan perempuan yang tak reti kemas rumah sendiri. Tapi apa boleh buat kalau dah jodoh pasti akan bersatu juga, bak kata orang dulu-dulu “ jangan terlalu benci, takut nanti terjatuh cinta”.

Namun Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah merelakan tunangnya untuk menjadi milik orang lain dan dia berusaha untuk memikat Aulia semula. Berjayakah Mukhriz?

Saat cinta Firas dan Aulia sedang berputik, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia. Apa yang akan berlaku selepas tu? Ha.. kalau nak tahu, korang jangan lupa untuk tengok drama ni tau!

Jom nikmati faedah ekslusif hanya di iQiyi

Selain percuma dan ekslusif, korang juga boleh menikmati pelbagai kandungan Melayu, K-Drama, C-Drama dan anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk merasai pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk menikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, langganan hanya berharga RM1.90 untuk bulan pertama dan paling menarik lagi, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD penuh (4K). Bestnya!

Menarik kan! Kalau korang berminat untuk menjadi ahli VIP iQiyi, jangan lupa untuk layari laman web iQiyi atau muat turun aplikasi iQiyi untuk mendaftar tau.

SKIP THIS AD ×