Tular baru-baru ini, seorang suami menyerah diri ke pihak polis selepas membunuh dan memandikan mayat isterinya pada Sabtu lalu di Jawa Barat, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Suami Serah Diri Selepas Kelar Leher Isteri, Sempat Mandikan Mayat Sampai Bersih
Motif pembunuhan
Memetik laporan Detik News, suspek yang dikenali sebagai Nando telah memberikan keterangan kepada pihak polis selepas didakwa menggelar leher isterinya, Mega Suryani dewi sehingga mati.
Menurut Ketua Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cikarang Barat iaitu Said Hasan, suspek yang berusia 25 tahun itu sering melakukan keganasan rumah tangga sebelum terjadinya pembunuhan ngeri itu.
Suspek mengatakan bahawa pembunuhan itu berpunca daripada kata-kata menyakitkan hati yang dilemparkan oleh isterinya.
Motif sesungguhnya berpunca dari sakit hati mendengar perkataan mangsa. Ditambah pula masalah ekonomi.
Terdahalu, pelaku didakwa membunuh isterinya dengan mengelar leher mangsa sehingga mati. Nando juga sempat membersihkan mayat dan mengeringkan pakaian mangsa sebelum serah diri ke balai polis.
Sumber: Detik News