berita

Salman Khan Masih ‘Berbisa’, Pamer Aksi Hero Hindustan Sebenar Dalam Radhe: Your Most Wanted Bhai

May 24th, 2021 | by Wan
Filem Antarabangsa

Istimewa buat peminat filem Bollywood, hero kegemaran ramai, Salman Khan kembali beraksi di layar perak dengan filem terbaharunya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai yang boleh ditonton di tonton CINEMA mulai 3 Jun.

Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat Bollywood ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios.

Salman Khan masih ‘berbisa’

Kali ini, Salman Khan bukan saja menjadi hero dalam filem penuh aksi tetapi dia bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri. Diarahkan Raja Tari, ‘Prabhudeva’, peminat berpeluang melihat aksi Salman Khan bergandingan dengan aktres jelita, Disha Patani. Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda turut memainkan peranan penting dalam filem ini.

Plot filem Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja terus meningkat di Mumbai, ditangani pegawai polis bernama Radhe lakonan Salman Khan. Kehebatan Radhe dalam menyelesaikan kes jenayah dengan caranya sendiri membuatkan penjenayah berasa gerun. Dapatkan Salman Khan menangani kes ini dan menewaskan penjahat?

Radhe: Your Most Wanted Bhai akan mula disiarkan di tonton CINEMA pada 3 Jun 2021 serendah RM15 sahaja.

Tonton trailer rasmi dan lagu OST:

 

SKIP THIS AD ×