Sebelum ini, penyanyi Sam Bunkface telah membuat permohonan untuk mengurangkan jumlah bayaran nafkah dan mengharapkan keadilan berpihak kepadanya berhubung isu tersebut.
Artikel Berkaitan: Sam Bunkface Mahu Keadilan
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedar Orang Biasa, Tak Ada Pengaruh’ – Bekas Isteri Sam Bunkface
Artikel Berkaitan: ‘Kos Saya Jaga Maleeq Selama 2 Minggu Lebih Kurang RM250, Kenapa Dia Jaga Sampai RM1,300?’
Tolak rayuan
Terbaru, menerusi laporan Gempak, mahkamah telah menolak rayuannya dan jumlah nafkah yang perlu dibayar adalah kekal seperti sebelum ini iaitu RM1,300.
Terdahulu, Aida di dalam prosiding berkata, dia bimbang anak lelakinya itu tidak akan mendapat kehidupan yang sempurna jika nafkah yang diberi kurang RM1,300.
Kalau dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan anak.. permainan, aiskrim..Selain itu tempat tinggal juga kena selesa. Contohnya pendingin hawa yang saya kira membabitkan bil.
Aida juga menyatakan bahawa nafkah yang diberi Sam sebelum ini adalah untuk membayar semua keperluan anak antaranya insurans, perubatan dan makanan.
Ketika diajukan soalan berkenaan isu royalti, Aida berkata dia tidak pasti akan hal tersebut sama ada Sam menerima atau tidak.
Sekadar info, Sam berkahwin dengan Aida pada 25 April 2015 namun sah bercerai pada Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Maleeq, 6.
Sumber: Gempak