berita

Sama-Sama Mantap! Aina Abdul Dinobat Juara ‘Idol’, Aisha Retno Pula Juara ‘Rookie’ Vokal Mania

December 27th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Pentas akhir Vokal Mania yang disiarkan secara langsung di TV3 semalam menyaksikan Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Idol manakala Aisha Retno sebagai juara Rookie. Aisha Retno berjaya menewaskan tiga Rookie lain iaitu Alif Kadim, Danial Chuer dan Eranzz Lambert.

Sementara itu Aina Abdul berjaya menewaskan ‘rakan’ idolnya sendiri iaitu Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila.Kedua-dua pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 bagi ‘Rookie’ dan RM50,000 (Idol), kerusi ‘gaming’ berserta trofi.

Aina Abdul ‘tapau’ semua

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Aina Abdul berjaya memukau juri pada malam akhir dengan menyanyikan lagu Shadow dan I Surrender pada persembahan pertama nyanyian secara solo. Pada pusingan Battle bersama Danial Chuer, mereka berdua menyanyikan lagu Flashlight.

Ternyata Aina berada di kelas tersendiri apabila persembahan Battle tersebut didominasi oleh beliau. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Danial Chuer kerana tidak gugup bersaing bersama Idol.

Aisha Retno mantap!

Juara bagi kategori Idol, Aisha Retno pula menyanyikan lagu Lelaki Teragung dan Don’t You Worry ‘Bout A Thing semasa persembahan solo sebelum dipilih sebagai pemenang ketika berentap dengan Lan Solo dalam peringkat ‘Battle’. Lebih menarik pada peringkat akhir ini, Rookie turut berentap dalam pusingan ‘battle’ menentang sesama Rookie.

Untuk korang yang terlepas aksi final Vokal Mania yang berlangsung di TV3 semalam, boleh saksikan di sini:

SKIP THIS AD ×