Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan dia tetap dengan keputusan memfailkan saman terhadap bekas menantu kepada aktor senior, Kazar Saisi.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Berjumpa Dengan Bekas Menantu Kazar – ‘Jangan Dijolok Sarang Tebuan’
Saman tetap saman
Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Sarah menyatakan dia akan memberi pengajaran kepada individu terbabit supaya perkara sama tidak lagi berulang.
Kata aktres berumur 37 tahun, sekiranya dia mendiamkan diri, wanita terbabit akan seronok mengganggu ketenteram dirinya.
Saman tetap diteruskan, kalau tidak (emoji anjing) tidak akan berhenti menyalak.
Orang macam ini wajib diberi pengajaran supaya tau bila nak diam, bila nak bercakap.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu dia kini sedang bercuti bersama dua cahaya matanya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, di Jakarta, Indonesia.
Minggu lalu, Puteri Sarah berang dengan sikap bekas menantu Kazar yang juga merupakan seorang ejen insurans yang tidak bersyukur dengan tindakannya menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar serta dua ahli keluarga.
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.