Penyanyi, Sarah Suhairi meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu nyanyiannya bersama Alfie Zumi yang berjudul Setia Akhir Hayat atau SAH menjadi tular dan mendapat tempat di hati peminat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Berdangdut Di Korea Tarik Tumpuan Netizen, Ramai Puji!
Artikel Berkaitan: ‘Ernie Bagus Dalam Cara Tersendiri, Kalau Ada Anugerah Lain Dia Layak Menang’ – Aina Abdul
Claim lagu Indonesia
Ketika ditemui OhBulan!, Sarah berkata dia tidak menyangka lagu tersebut menjadi trending terutama di platform TikTok sehingga ke Indonesia.
Sebenarnya genre lagu begini saya sudah lama simpan dan atas permintaan ramai mahu lihat saya dengan sesuatu yang baharu berbanding pernah dibuat sebelum ini.
Kalau dilihat ramai penyanyi wanita yang mempunyai lagu-lagu balada yang kuat, jadi saya mencari sesuatu yang betul-betul kena dengan suara saya dan sedikit ‘catchy’ untuk orang terima.
Alhamdulillah, bersyukur apabila lagu Sah bukan sahaja popular di Malaysia tetapi di Indonesia juga. Mungkin kerana TikTok, ramai yang gunakan lagu itu untuk video mereka (pengguna TikTok).
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada acara karpet merah AJL 38 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Dalam pada itu, juara program Big Stage musim pertama itu berkata dia tidak terasa hati apabila ada segelintir peminat yang mendakwa lagu tersebut berasal dari Indonesia dan bukan dari Malaysia.
Tidak mengapa bila berlaku begitu (claim lagu Indonesia), saya faham mereka terlalu teruja apabila dengar remix lagu berkenaan. Sedikit sebanyak itu sebahagian daripada pemasaran juga.
Saya tidak berasa kecil hati pun, sebab memang jangka akan berlaku seperti itu. Yang penting orang suka dengar.