Pendedahan selama 1 jam 19 minit di podcast The Common Folks yang dibuat oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz telah membongkar banyak sudut cerita mengenai pergolakan rumah tangganya dengan isteri, Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Dia Enjoy The 5 Minute Of Fame’ – Aliff Aziz Ucap Terima Kasih & ‘Goodbye’ Pada Sarah Yasmine
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Nafi Ibu ‘Backup’, Dedah Selalu Pertahankan Bella – ‘Menantu Dia ‘Call’ Dua Pagi Mengadu Pun Dia Jawab’
Kronologi bagaimana hubungan dengan aktres Ruhainies dan wanita berasal dari Singapura iaitu Sarah Yasmine juga diceritakan.
Kena kunci mulut
OhBulan menghubungi Sarah bagi mendapatkan kenyataan susulan Aliff mempersoalkan tindakan ‘kekasih gelapnya’ melakukan pendedahan sehingga mencetuskan kontroversi besar dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, Sarah tidak dapat mengulas lanjut kerana terpaksa akur selepas menerima notis daripada Aliff di Singapura.
Kata Sarah, dia dilarang untuk membuat pendedahan di media sosial.
Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen mengenai pendedahan Aliff. Saya dah terima notis perintah untuk saya tidak menyebut mengenai dirinya.
Jadi, saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.
Tegas Sarah, dia tidak akan berdiam diri dan akan menyelesaikan di mahkamah bersama peguam yang dilantik.
Saya tetap akan lawan balik di mahkamah bersama peguam. Saya tahu diri saya tak salah. Saya sudah beritahu dia (Aliff) sebelum keluar arahan dari pihak mahkamah.
Saya dengan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Saya akan full on go against dia with everything and now, with the court order.
Saya okay kalau ada segelintir pihak yang menganggap saya terhegeh atau meroyan. Insya-Allah, walaupun diduga, saya masih boleh fokus mencari rezeki dengan bekerja.
Dalam masa sama, Sarah berharap agar orang ramai faham dengan situasi dirinya sekarang yang tidak boleh bersuara membela nasib Bella.
Sebelum ini, menerusi temu bual podcast, Aliff, 33, berkata dia sama sekali tidak tahu menahu akan punca sebenar tindakan Sarah berikutan ianya telah menyentuh ramai pihak dengan perkara yang sangat sensitif.
Pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ juga berharap agar Sarah berseronok dengan populariti diperolehi di samping mengucapkan terima kasih dan ‘good bye.’
Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.