Meskipun dirinya terpalit dengan kemelut dan kontroversi melibatkan rumah tangga namun, itu tidak menghalang pelakon dan penyanyi Bella Astillah untuk terus melangkah ke hadapan dalam mencipta kejayaan dalam karier seninya.
Artikel Berkaitan: Dituduh Ambil Barang Terlarang, Sarah Yasmine Sedia Buat Ujian Air Kencing – ‘Jangan Plot Twist Dia, Orang Lain Yang Terkena’
Wakili Malaysia di China
View this post on Instagram
Terbaharu, Bella berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia melakukan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024, yang diadakan di China.
Berita membanggakan itu dikongsikan sendiri Bella menerusi satu hantaran di Intagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat kelibat adiknya, Didi yang turut sama menjayakan persembahan di hadapan penonton China.
Difahamkan, Bella mendendangkan lagu ‘Sumandak Sabah’ nyanyian asal Velvet Aduk dan Marsha Milan serta sebuah lagu berbahasa Cina.
Sarah Yasmine luah rasa bangga
Apa yang menarik perhatian ialah, Bella turut mendapat pujian daripada wanita yang mengaku menjadi ‘kekasih gelap’ kepada suaminya, Aliff Aziz.
Menerusi Instagram Story (IG Story), wanita bernama Sarah Yasmine itu meluahkan rasa bangga terhadap Bella dan juga Didi sambil menitipkan kata-kata hikmah buat dua beradik itu.
Anda berdua berjaya dan memperoleh pelbagai rezeki walaupun perlu mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan.
Saya bangga dengan anda berdua.
Terdahulu, nama Sarah Yasmine tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz dan telah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurut Sarah, tujuan dia membuat pendedahan itu adalah untuk membongkar rancangan aktres Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan Bella Astillah.
Selepas itu, satu demi satu pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Sumber: Instagram Bella Astillah, Sarah Yasmine