Meskipun didakwa menjadi ‘kekasih gelap’ kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, namun Sarah Yasmine tetap menzahirkan sokongnya terhadap Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: ‘Enough Sarah Yasmine!’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘I Give You My Phone’ – Sarah Yasmine Bongkar Rakaman Aliff Aziz Menangis, Tak Takut Nak Saman Ruhainies 5 Juta Dollar
Amaran Sarah
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Sarah memuat naik tangkap layar perbualannya bersama adik Bella iaitu Didi Astillah.
Dalam pada itu, Sarah berpesan agar perhubungannya bersama Bella dan Didi tidak diganggu oleh mana-mana pihak yang cuba untuk melagakan mereka.
Sesiapa la nak buat kita bergaduh ke apa ke, ia tak akan berlaku sebab kita saja yang tahu kebenaran dan kejujuran antara masing-masing.
Jadi kamu semua jangan kacau Bella dan Didi sekarang sebab dia orang sibuk dengan kerja dan kita bertiga sekarang akan buat apa yang sepatutnya buat.
Doakan yang terbaik sahaja untuk kita. Amin Ya Rab.
Pendedahan itu sekaligus membuktikan bahawa mereka mempunyai hubungan yang baik dan tidak saling bermusuhan walaupun kedua-duanya terlibat dalam kontroversi yang sama.
Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Sumber: IG Sarah Yasmine