Pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim menasihati hos program rancangan hiburan untuk tidak saling berdebat atau bergaduh antara satu sama lain ketika menjalankan tugas di atas pentas.
Artikel Berkaitan: Hetty Koes Endang Minta Elly Mazlein Suaikan Diri Dengan Rakan Hos – ‘Bila Masuk Rumah Orang, Ikut Cara Mereka’
Artikel Berkaitan: ‘Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Tapi Tidak Boleh Tarik Gelaran Legend’ – Vince Chong Minta Aishah Abaikan Komen Negatif
‘Untuk menghiburkan, bukan berdebat’
Menerusi perkongsian di platform X, Sarimah berkata tujuan sebenar seorang hos adalah untuk menghiburkan dan menjadikan acara itu bertambah meriah, bukan berdebat untuk melihat kehebatan masing-masing.
Saya tidak akan membiarkan diri saya untuk menonton mana-mana penghibur/pengacara yang sering berdebat di atas atau di luar pentas.
Mengacara adalah untuk menghiburkan, bukan untuk berdebat (bergaduh) antara satu sama lain dan menang.
Biarkan bintang (peserta di atas pentas bersinar). Jadilah tulang belakang yang positif untuk mereka.
Bagaimanapun, kata Sarimah perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun bagi mereka yang makan cili akan terasa pedasnya.
Ini tidak dikhususkan kepada sesiapa, ia secara keseluruhan. Tapi siapa yang makan cili dia terasa pedas. Awak tahu siapa awak yang dimaksudkan.
Kita semua boleh menambahbaik dan perbaiki diri dalam kerja kita.
Difahamkan, Sarimah berkongsi pendapatnya itu susulan kontroversi yang membabitkan seorang hos sebuah program hiburan yang menarik diri secara tiba-tiba selepas didakwa berkecil hati dengan dua lagi rakan hos yang lain.
Malah, pengacara berkenaan berkata tujuan dia mengundurkan diri adalah untuk memberi laluan kepada seorang rakan hos yang berasa gerun (shaking) dengan dirinya.
Sumber: X