berita

‘Satu Anggota Buat Salah Habis Satu PDRM Kena Hina’ – Kompilasi Confession Anggota Polis

February 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai anggota polis yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap golongan wanita ketika di sekatan jalan raya telah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: Bukit Aman Gantung Tugas Dua Anggota Polis ‘Ganggu’ Pemandu Wanita

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Mencemarkan Imej PDRM’ – Polis Siasat Dakwaan Anggota Tanya Pasal Bra Di SJR

Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kes ini hanyalah membabitkan segelintir dalam kalangan anggota polis sahaja tetapi ianya secara tidak langsung memberikan imej yang buruk terhadap semua anggota badan beruniform. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Isi hati pasukan beruniform

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Projek Hitam telah mencadangkan untuk membuka satu ‘ruangan’ kepada pasukan beruniform untuk meluahkan perasaan dan tekanan yang dialami mereka sepanjang bergelar ‘frontliner’ dalam mengawal pandemik Covid-19.

Luahan anggota polis

Berdasarkan perkongsian tersebut, ramai dalam kalangan anggota polis mengambil peluang ini menghantar Direct Message (DM) untuk meluahkan isi hati mereka. Menurut mereka, ada dalam kalangan rakyat Malaysia telah datang ke balai untuk membuat permohonan merentas negeri tetapi mereka langsung tidak membawa dokumen penting seperti yang diminta. Oleh hal demikian, anggota polis terpaksa ‘menghalau’ mereka dari balai. Tetapi tindakan mereka itu sebaliknya telah disalah tafsir oleh rakyat Malaysia.

‘Fobia nak buka Group Whatsapp’

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan anggota polis meluahkan rasa kecewa kerana sering dihina oleh rakyat Malaysia biarpun itu hanyalah salah segelintir anggota tetapi mereka semua pula terpaksa menanggung akibatnya. Malah, menurut isteri kepada seorang anggota polis memaklumkan bahawa bertugas sebagai anggota polis juga adalah satu pekerjaan yang memenatkan.

‘Orang awam tak faham’

Ramai hentam anggota polis

Sumber: Projek Hitam

SKIP THIS AD ×