Pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal menyelar tindakan pelawak tular Jocelyn Chia yang menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka di pentas komedi baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Lahir 2 Bulan Selepas Tragedi, Isteri Kru MH370 ‘Hilang Sabar’ Netizen Suruh Hadapi Dengan Gelak Tawa
Artikel Berkaitan: ‘Aku Melawak Tak Pernah Sentuh Negara Jiran, Kau Buatlah Lawak Pasal Binatang’ – Didie Alias
Artikel Berkaitan: ‘Yang Nyanyi Sumbang Pun Tak Sedar Awak Dijadikan Bahan Lawak? Keturunan You Tak Malu Ke?’ – Dato’ AC Mizal
Kejahilan seorang pelawak
Menurut pemilik nama sebenar Datuk Mizal Datuk Zaini, bahan komedi seperti itu menunjukkan kejahilan seorang pelawak yang disifatkan tidak sensatif.
Itu adalah kerja pelawak jahil. Isu semasa yang sangat sensatif ini tidak boleh dijadikan bahan lawak dalam apa cara sekali pun sebab ini menunjukkan kejahilan seseorang pelawak.
Bagi saya dia sudah ‘menyundalkan’ dunia lawak itu sendiri. Kerana lawak ini sepatutnya orang datang tengok untuk gembira dan relaks bukannya untuk mentertawakan orang. Itu salah.
Dalam pada itu, dia juga mengakui platform digital kini memudahkan sesuatu kandungan itu dapat ditonton. Walau bagaimanapun, setiap kandungan mestilah memberi impak hiburan yang baik terhadap orang ramai.
Lawak ini sepatutnya satu elemen hiburan yang buat satu dunia faham. Kita ambil contoh Charlie Chaplin dan Mr. Bean.
Lawak juga tak ada ‘border’ dan disambut dengan adanya platform digital. Sekarang ini hanya perlu telefon bimbit dan tak perlu sebuah produksi yang besar untuk kebebasan.
AC Mizal berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara baru-baru ini.
Bagaimanapun, pengacara berusia 52 tahun itu menganggap kesalahan yang dilakukan pelawak tersebut besar namun tidak perlu dipanjangkan sehingga melibatkan pihak berkuasa.
Bagi saya ia adalah satu kesalahan yang besar tetapi dia bukanlah melakukan satu jenayah. Sekat sahajalah dia dan tak perlu dipanjangkan isu.
Sekadar info, Konsert Muzika Lawak Nusantara dihoskan oleh AC Mizal bakal menggabungkan pelawak-pelawak dari Malaysia iaitu kumpulan Bocey dan Zero bersama tiga pelawak terkenal Indonesia iaitu Sule, Rina Nose dan Azis Gagap yang bakal berlangsung di Stadium Malawati pada 19 Ogos depan.