Isteri adalah kekuatan dan pelengkap suami dalam meneruskan perjuangan hidup. Tiada siapa sangka orang yang kita sayang akan pergi dengan sekelip mata saja. Kisah sayu seorang suami kehilangan isteri akibat tumor otak selepas habis berpantang.
Dia terpaksa membesarkan anak sulung puterinya seorang diri tanpa kasih sayang dari ibu kandung. Ini surat cinta terakhir ditulis suami buat isterinya yang pasti menyentuh hati.
‘Saya kuat demi anak’
Status ini dimuat naik pada laman Facebook miliknya yang redha akan perpisahan ini. Dia tahu sebaik perancangan Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Dia juga perlu kuat semangat untuk membesarkan anak sulungnya itu.
Yasmin masih perlukan kasih ibu
Sudah hampir setahun arwah isterinya menghidap tumor pada otak selepas melahirkan anak sulung, Yamsin Marissa. Malah, terdapat banyak kesan sampingan yang terpaksa dialami isteri sepanjang proses berpantang. Tumor tersebut semakin membesar pada bahagian otak dan risiko mengeluarkan tumor tersebut sangat berbahaya.
Dia menyifatkan ini adalah ujian yang perlu dihadapi isterinya yang baru saja berusia 21 tahun. Dia turut memohon maaf atas kesalahan yang pernah dilakukan terhadap isterinya. Tambahan pula, anak perempuannya, Yasmin masih memerlukan kasih dan sayang dari seorang ibu kandung.
Surat dari suami tercinta
Isteriku, awak telah berjuang penyakit tumor otak selama 1 tahun. Awak adalah perempuan yang kuat dalam hidup saya. Tapi awak telah sedaya berjuang demi hidup, saya dan Yasmin. Allah lebih sayangkan awak sebab Dia tahu yang tebaik untuk awak. Saya akan jaga Yasmin dengan kasih sayang dan sedaya saya demi awak. Terima kasih untuk segalanya dan merindui setiap kenangan bersama. Ikhlas dari suami mu tersayang…
Credit: Zulhilmi Udin