Penyanyi Aliff Aziz memuat naik satu posting sebagai tanda penghargaan buat isterinya, Bella Astillah di Instagram.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dituduh Keluar ‘Dating’ Dengan Perempuan Lain, Aliff Aziz Pesan Jangan Tabur Fitnah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Itu Fitnah, Tiada Bukti’ – Aliff Aziz Nafi Keluar Dengan Perempuan Lain
Kenal lebih 10 tahun
Menurut Aliff, dia dan Bella sudah berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih daripada 10 tahun. Sepanjang hidup bersama, pelantun suara ‘Sayang Sayang’ ini berkata, isterinya sentiasa berada di sisi meskipun terpaksa melalui pelbagai ujian. Di samping itu, Aliff meluahkan rasa syukur kerana mempunyai isteri yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
Sudah lama saya tidak memuat naik posting penghargaan buat isteri. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 di mana saya dan isteri bertemu. Masa itu saya berada dalam fasa paling terendah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayang atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata di dunia ini.
Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmatimu dengan khayr yang kekal di sini dan di akhirat kelak.
Berbicara lebih lanjut, Aliff turut berterima kasih kepada Bella kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidupnya dan membuatkan dirinya berada di tahap ini.
Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita.
Sumber: Aliff Aziz