berita

‘Saya Aminkan Saja Khabar Tersebut’ – Nelydia Senrose Nafi Sudah Hamil

April 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, ada khabar angin yang timbul mengatakan pelakon Nelydia Senrose sudah berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Tanya Cara Pakai Tudung, Peminat Teruja Kongsi ‘Tutorial’

Saya aminkan..

Ketika ditanya, Nelydia menafikan dakwaan yang sedang diperkatakan. Pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen memohon doa dari orang ramai agar dirinya dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dikurniakan zuriat.

Allah, saya aminkan saja khabar tersebut. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil). Insya-Allah, doakan.

Nelydia ditemui ketika sidang media drama terbaharunya, Khilaf Asmara yang diadakan secara ‘virtual’ pada Selasa.

Sentiasa terbuka

Sementara itu, pelakon berumur 28 tahun turut menjawab pertanyaan sama ada dia meletakkan syarat tertentu untuk watak selepas tampil dengan imej baru sejak Disember tahun lalu.

Kata adik kepada aktres Uqasha Senrose ini, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penampilan berhijab. Namun jelasnya, dia sentiasa terbuka untuk mencuba kelainan watak asalkan tidak melampaui batas.

Sebenarnya sebelum ini pun saya tak pernah beri apa-apa kenyataan sebab saya belum bersedia lagi.

Tapi, sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa terbuka untuk sesuatu yang baharu.

Jadi saya tak letak sebarang had (tawaran lakonan), selagi tidak melanggar atau keterlaluan. Saya mahu terus mencuba.

Nelydia bakal muncul menerusi drama bersiri, Khilaf Asmara yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 18 April ini. Selain Nelydia, Khilaf Asmara turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Sumber: Instagram @minaz.my & @nelydiasenrose

SKIP THIS AD ×