berita

Saya Belum Bertemu Zed Zaidi- Randy Pangalila

October 9th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Menempah nama dalam industri hiburan seawal usia 18 tahun cukup mematangkan selebriti kacak iaitu Randy Pangalila, 22 tahun, dalam dunia seni. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah nyanyian dan mencipta lagu juga merupakan bakat semulajadi selebriti kacak ini.

Namun, bukan senang untuk menjadi artis , lebih-lebih lagi menjelma di negara orang. Pasti banyak peraturan yang harus dilalui selangkah demi selangkah. Jika dahulu, hangat isu berkenaan permit diperbesarkan sepertimana Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi menjalankan tugasan. Kini sekali lagi isu itu turut dipersoalkan. Adakah Randy memenuhi peraturan yang telah ditetapkan? Ini ulasan beliau mengenai persoalan permit yang hangat diperkatakan.

“Ini semuanya salah faham. Sebagai seorang artis, pertama sekali saya akan melihat sudut itu (permit dan segala dokumen), sudah benar-benar jelas dan semuanya lengkap, barulah saya akan memulakan tugasan.”

Penyanyi lagu “Selalu Milikmu” itu turut memberitahu bahawa beliau belum bersemuka secara langsung bersama Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi.

Tambah beliau lagi, “Selagi segalanya dilakukan mengikut aturan dan langkah-langkah yang baik, saya akan teruskan kerjaya saya.”

SKIP THIS AD ×