berita

‘Saya Belum Lagi Bergelar Jutawan’ – Putra Amaris

July 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Putra Amaris tidak pernah berasa penat atau terbeban biarpun tak cukup tidur menguruskan program infaq dan menjadi ikon kempen Pelaris Challenge.

Artikel Berkaitan: Percaya Dengan Aturan Allah, Putra Amaris Harap Tajaan Kekal Berterusan

Set diri kena kaya

Ketika ditemui OhBulan!, Amaris menyatakan dia belum bergelar jutawan justeru perlu bekerja keras demi membantu ramai lagi orang susah.

Kata Amaris, 37, selama empat tahun bergerak aktif bersama pasukan, dia tidak pernah berhenti berdoa agar rezeki tak pernah putus.

Saya buat kerja-kerja amal ini atau infaq ini, semuanya Lillahi Taala. Demi Tuhan. Demi nak membantu orang yang susah. Untuk itu, saya memang set diri ‘aku kena kaya’ untuk bantu lebih ramai bagi orang yang memerlukan.

Dalam masa yang sama, saya juga bertuah kerana isteri juga merupakan tulang belakang dan pemberi semangat kepada saya dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.

Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah.

Amaris berkata demikian ketika majlis pelancaran kempen Pelaris Challenge by Soleque Cosmetics yang diadakan di Menara Shaftsbury Putrajaya, pada Ahad.

Kongsi rezeki

Bercerita mengenai Pelaris Challenge, pemilik nama Muhammad Amran Haji Ismail menyatakan program ini merupakan cetusan idea daripada Soleque Cosmetics untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dalam menambah pendapatan dengan kerjasama Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya dan team Putra Amaris.

Dalam pertandingan ini, kita juga berkongsi rezeki. Bukan terhad untuk wanita sahaja, kita sebenarnya buka untuk semua di seluruh Malaysia.

Insya-Allah sepanjang sebulan ini, kita juga akan bergerak membantu golongan wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan daripada pengasas produk dan orang persendirian untuk turut serta.

Program ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000. Pendaftaran boleh dibuat di www.pelaris.challenge.com.

SKIP THIS AD ×