berita

[VIDEO] Fazura Menolak Untuk Menjual Tudung Bertemakan Pales***

November 8th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

fazura tudung palestin

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura berkongsi pandangan peribadi mengenai penjualan tudung bertemakan Palestin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ – Fazura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cukup-Cukuplah! Tak Perlu Nak Cuit, Provoke Saya’ – Fazura

Pegang prinsip

fazura

Menurut Fazura, dia menolak permintaan segelintir kecil peminat yang menginginkan tudung bercorak negara sedang bergolak itu.

Kata aktres berumur 40 tahun, dia masih berpegang dengan pendirian diri selain berpendapat mustahil untuk mendermakan seluruh keuntungan hasil jualan kepada penduduk Palestin.

Saya menolak untuk menjual tudung bertemakan Palestin. Ini sekadar pendapat saya sahaja. Saya bukan menghakimi sesiapa tapi saya rasa pelik sebenarnya.

Boleh sahaja saya nak keluarkan tudung-tudung Palestin itu semua tapi kalau nak beri seratus peratus keuntungan itu. Ada ke orang nak buat macam itu?

Kita tetap kena keluarkan modal dan sebagainya. Bagi saya sebagai pengusaha mesti ada keuntungan yang boleh kita perolehi. Lagipun ia tidak selari dengan prinsip saya.

Isteri kepada aktor, Fattah Amin berkata demikian ketika majlis Ngopi Bersama Fazura yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Tudung tema Raudhah

Fazura tudung raudhah

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin mendedahkan dia memilih tema Raudhah untuk tudung keluaran terbaru pada bulan lepas.

Jelasnya, dia turut menyalurkan sumbangan namun tidak dikongsikan jumlah wang ringgit.

Macam baru-baru ini saya keluarkan tudung bertemakan Raudhah kerana ingin mendedikasikan kepada para Shuhada kita yang ada di Palestin.

Saya bayangkan mereka di taman-taman syurga, bunga itu melambangkan kedamaian dan kemuliaan. Cuma saya tak kongsikan perkara ini kepada umum.

Tapi sumbangan lain saya kepada mereka tidak perlu disebutlah kerana itu antara saya dan Allah.

Terdahulu, pelakon filem Pisau Cukur menafikan dakwaan pergi ‘clubbing’ di sebuah kelab malam di Indonesia namun aktres itu mengakui dia sangat suka karaoke dan menari.

@ohbulanofficial Fazura berkongsi pandangan peribadi mengenai penjualan tudung bertemakan Palestin ?? #ohbulan #sembangentertainment #fazura #beritatiktok #fyp ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×