Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur kepada pihak media atas penerbitan artikel mengenai kerjayanya dalam industri seni tanah air.
Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Nafi Gugurkan Kandungan Secara Haram
Artikel Berkaitan: Jaja Ishak Setuju Penerbit Boikot Pelakon Bermasalah, Puji Hafidz Roshdi Berdisiplin
‘Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas’
Menerusi satu hantaran di Instagram, Hafidz akui menjadikan kata-kata semangat yang diberikan oleh seorang penerbit terkenal iaitu Tuan Jaja Ishak sebagai usaha untuk memperbaiki diri dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Ujar pelakon berusia 29 tahun ini lagi, tahap kesihatannya semakin pulih kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminatnya.
Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian. Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar.
Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima Hafidz, dengan rendah diri Hafidz dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera didalam Instagram Hafidz. Hafidz juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan Hafidz terus menerima rezeki yang Halal.
Dalam kesempatan itu, Hafidz sempat mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada orang ramai atas salah silapnya selama ini. Hafidz berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini. Hafidz juga memaklumkan isu peribadi membabitkan dirinya itu akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi