berita

‘Saya Boleh Bergambar Dengan Sesiapa Saja’ – Zul Ariffin Nafi Bekas Pramugari Kekasih Hatinya

January 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Sabrina Sharleen telah memuat naik sebuah video bersama Zul Ariffin di media sosial. Berikutan daripada itu, ramai wanita meluahkan rasa kecewa dan beranggapan Sabrina merupakan kekasih hati pelakon filem ‘Sangkar’ itu.

Artikel berkaitan: Dikecam Sebab Dukung Wanita Bertudung, Zul Ariffin Hanya Jalankan Tugas – ‘Ini Adalah Dunia Bisnes, Publisiti Tetap Publisiti’

Bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran netizen, Zul Ariffin tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Menurut Zul, wanita itu bukan teman wanitanya.

Dia bukan teman wanita saya

Dia bukan teman wanita saya, mungkin ketika ini dia sedang bersama kekasih hatinya? Saya sendiri tidak tahu-menahu.

Ujar Zul, foto yang viral itu sekadar gambar dan dia tidak berhubung dengan wanita tersebut. Difahamkan, wanita itu menjayakan watak tambahan dalam drama terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Tarik Aku Ke Syurga’.

Perkongsian itu sekadar gambar semata-mata. Selepas itu saya tidak menghubungi dia pun. Apabila dia ingin bergambar, saya okay sahaja. Apabila dia memuat naik di Instagram Story miliknya, kemudian saya mengulang siar perkongsian itu. Hanya itu saja, tidak lebih dari itu. Saya boleh bergambar dengan sesiapa sahaja. Orang luar boleh menilai. Ini ‘line’ kerja saya, orang luar tak tahu mengenai publisiti.

Sebelum ini, Sabrina menegaskan hubungannya dengan Zul sekadar kawan biasa sahaja. Malah, mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun yang lalu dan pernah bertemu beberapa kali. Di samping itu, Zul memberitahu dia tidak mampu menutup mulut atau menghalang sebarang pandangan peribadi penonton mengenai aksi mesra yang dipaparkan. Aktor berusia 36 tahun itu turut menegaskan, aksi mesranya mendukung seorang wanita untuk tujuan mempromosikan sebuah produk bengkung tempatan baru-baru ini berlaku dalam keadaan spontan dan tidak dirancang.

Tak kisah orang nak kecam dan kritik

Jelas Zul lagi, sedikit pun tidak timbul soal gimik atau sebahagian daripada strategi pemasaran untuk promosi kerana sejak dari awal babak seperti itu tidak pernah dibincangkan.

Bukan kami punya niat pun untuk menjadikan promosi itu antara objektif untuk menjadi tular. Saya tak kisah pun sebenarnya jika orang nak kritik atau kecam sebab saya buat kerja. Nak cakap soal kritikan atau kecaman, itu semua sudah saya anggap bak ‘sarapan pagi’. Maaf cakap. Apabila bercakap mengenai kerja, memang saya akan komited dan fokus. Kita teruskan saja kehidupan.

Ini adalah bidang bisnes hiburan dan proses kreatif. Lagipun lakonan adalah kerja saya. Bukan saya yang pilih nak dukung siapa kalau diminta untuk buat kerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya cuma buat kerja.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×