berita

‘Saya Boleh Kawan Dengan Sesiapa Sahaja’ – Emma Maembong Nafi Dilamar ‘Datuk’

October 27th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Kamal Adli memberikan kenyataan dia tidak mahu mengulas lanjut tentang isu perhubungannya dengan Emma yang dikatakan putus gara-gara orang ‘ketiga’. Akan tetapi, bagi Emma sendiri, dia bernekad tidak mahu meneruskan perhubungan itu dan merasakan adalah lebih baik mereka kekal sebagai kawan.

Artike berkaitan: ‘Saya Penat Gila, Malas Nak Komen’ – Kamal Adli Respon Pendedahan Zahirah Macwilson

Baru sahaja dilaporkan putus dengan Kamal Adli, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail kini didakwa menjalin hubungan dengan seorang Datuk. Betul ke? Pelakon Awak Suka Saya Tak? itu sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dirinya dilaporkan telah ‘dilamar’ oleh seorang ahli perniagaan bernama Datuk Salim Rahman. Terbaru, Emma tampil memberikan kenyataan.

Tiada hubungan istimewa

Menerusi laporan Berita Harian, Emma menjelaskan yang dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan Salim, hanya seorang kawan. Tegasnya lagi, dia berhak untuk berkawan dengan mana-mana pihak memandangkan dia tidak lagi dalam perhubungan cinta dengan sesiapa.

Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja.

Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati untuk berkawan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Tidak perlu untuk mensensasikan perkara ini kerana ia memberi impak negatif kepada saya yang baru putus cinta.

Berhubung krisis perhubungan dengan Kamal pula, Emma berkata dia tidak mahu campur tangan dalam hal itu sebaliknya berharap pihak terbabit mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×