berita

‘Saya Boleh Terima Tindakan Pada Bekas PM, Tapi Membahayakan Isterinya Melampau..’ – Anak Najib

October 3rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Bekas wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan ditahan pada jam 3.20 petang tadi ketika dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rosmah tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.42 pagi tadi untuk memberi keterangan buat kali ketiga.

Artikel berkaitan: Rosmah Kena Tahan SPRM

Anak perempuan Rosmah yang kini berada di luar negara melanjutkan pelajaran memuatnaik pos di Instagram meluahkan isi hatinya berkaitan ibunya itu.

Hanya mampu solat tahajjud

Yana atau Nooryana Najwa menyatakan rasa kesalnya apabila pihak berkuasa bertindak menahan ibunya serentak dengan kes mahkamah bapanya. Tambahnya dia boleh menerima tindakan ke atas bapanya namun tidak untuk Rosmah.

Saya boleh terima tindakan diambil ke atas seseorang yang pernah berkuasa namun meletakkan isterinya dalam situasi bahaya sudah melampaui batas. Dua minggu lepas anda serbu rumah ibunya (Tun Rahah, ibu Najib) dan hari ini anda tahan reman isterinya. Rancangannya mahu menuduh si isteri (Rosmah) serentak dengan kes mahkamah suami (Najib).

Ujarnya lagi, apabila menerima panggilan makluman penahanan ibunya itu, dia hanya mampu bersolat tahajjud dan mendoakan keselamatan ibunya.

Agaknya esok akan jadi hari kita boleh lihat sarkis media. Panggilan mencemaskan saya terima pada jam 4 pagi. Sangat hiba untuk menangis, sangat bengang untuk marah, saya hanya mampu bangun, ambil wuduk dan solat tahajjud untuk mummy.

Semoga kita tabah

Saya doakan mummy sentiasa tenang menghadapi ujian. Saya kenal sangat dia, dia mungkin risau tentang semua orang di rumah. Mummy, kalau pun mummy tak mampu dengar ini, ketahuilah saya sihat-sihat sahaja. Saya akan bangun dan ke kelas seperti biasa dan Adam (cucu Rosmah) akan sabar menunggu untuk panggilan video. Tolong makan dan berehat secukupnya malam ini.

Walau apa pun terjadi, saya akan sentiasa di sisi wanita yang telah melahirkan saya, menyeka air mata ketika saya sedih dan mengajar saya untuk berdikari. Insya-Allah, kita semua akan tabah menghadapinya.

Sumber: Yana Najib

SKIP THIS AD ×