berita

Shila & Syahir Tumpas Di Tangga Terakhir Di Famili Duo Minggu Ke-3 – ‘Adik Kena Tonjol Diri Bantu Kakak’

November 1st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Shila Amzah yang merupakan Juara bagi Anugerah Juara Lagu 36, terus mendominasi pentas persembahan dengan aura sebagai penyanyi profesional di peringkat antarabangsa. Manakala, adiknya Syahir masih mencari rentak dan identiti apabila berduo bersama kakaknya dalam Famili Duo minggu ketiga ini. 

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Mimpi Shila Tidak Ada Kena Mengena Dengan Saya, Hebat Netizen!’ – Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kacau Ubai’ – Gosip Pelakon Wanita Buat Shila Amzah Bimbang Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Tidak memberi penjiwaan

Selepas dua minggu berturut-turut menjadi naib juara mingguan, episod ke-3 kali ini menyaksikan duo adik-beradik ini di tangga tercorot dengan markah sebanyak 42.5%.

Selaku juri tetap, Mas Idayu dan Ajai saban kali menegur pembawaan Syahir di pentas persembahan yang dikatakan tidak memberi hasil atau penjiwaan yang setaraf dengan kakaknya.

Menurut Ajai, Syahir sepatutnya menonjolkan dirinya dengan lebih menjiwai setiap persembahan. 

Sekarang Famili Duo berada di minggu ketiga, sepatutnya tiada masa lagi untuk segi pembelajaran. Syahir seharusnya kena tonjolkan diri, sebab persembahan sebentar tadi pun masih ada bahagian yang tak dihafal. Apa yang saya nampak adalah kurang dari segi penjiwaan dan penyampaian lagu yang masih tak seiring lagi.

Jadi dengan baki lima episod, Syahir perlu tonjolkan diri dan bantu kakak awak kerana ini bukan masa untuk belajar lagi. Shila sudah memberi persembahan demi kamu, jadi kamu juga perlu memberi persembahan demi kakakmu. Baru jadinya berduo lebih baik. 

Persembahan bertemakan ‘Rock – Medley Slow & Fast’ pada hari Ahad, 29 Oktober 2023 lalu telah menyaksikan kemenangan oleh pasangan duo adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi dengan pembawaan medley lagu ‘Tiada Tangis Lagi’ dan ‘Hukum Karma’.

Juara mingguan kali ini telah menyahut cabaran untuk membawakan tema ‘Dangdut / Hindustan’ ke pentas Famili Duo 3!

Dapatkah Shila dan Syahir menebus kembali carta dengan persembahan di luar jangkaan pada minggu hadapan? Atau adakah duo selebriti lain akan terus memberi konsep yang terhangat dan mencuri perhatian juri yang juga ratu dangdut, Mas Idayu? 

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×