Pelakon Bella Astillah memohon maaf sekiranya hantarannnya di Instagram baru-baru ini mengenai suami, Aliff Aziz dan pelakon, Sophia Albarakbah menimbulkan rasa kurang senang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf, Saya Tak Berniat Nak Buat Awak Kecewa..’ – Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Kenapa Harus Jaga Hati Pihak Sana? Jaga Hati Isteri Jauh Lebih Penting’ – Bella Astillah
Bella percayakan Aliff
Ketika ditemui OhBulan!, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, akui hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik.
Saya mahu lupakan perkara itu dan nak ‘move on’. Saya juga tidak mahu bersedih lagi. Aliff juga sudah memohon maaf dan memujuk saya secara peribadi selain kenyataannya di media sosial.
Ujar Bella lagi, dia akan kekal positif dan mengetepikan perkara sedih kerana mahu memberi fokus terhadap kerjayanya sebagai anak seni. Apabila ditanya mengenai pandangan segelintir netizen yang menyifatkan Bella ‘insecure’ dalam rumah tangganya, memandangkan perkara-perkara yang pernah berlaku sebelum ini, Bella berkata dia memberi kepercayaan kepada Aliff.
Tiada istilah ‘insecure’ sebab saya memang percayakan Aliff. Saya tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang tapi sekarang ni saya menjalani dengan rasa lapang dada. Saya dah tak rasa macam dulu, yang risau tetapi sekarang saya lebih mempercayai Aliff.
Anak-anak juga sudah semakin besar dan boleh membaca. Saya jarang beri izin anak-anak saya pegang telefon kerana takut dia ternampak apa-apa berita mengenai saya dan suami di TikTok.
Sebelum ini, Bella memuat naik status menyelar tindakan Sophia Albarakbah dan mendakwa pelakon itu sengaja datang menonton persembahan Aliff di konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10). Hantaran tersebut mengundang kritikan netizen yang menganggap Bella cemburu tidak bertempat dan tidak matang, malah mempersoalkan kepercayaan Bella kepada suaminya.
Sekadar info, Bella dan ibunya, Zarina Salleh bakal menunjukkan bakat memasak mereka di program Dapur Tempur Selebriti yang akan bersiaran sebanyak empat episod bermula 18 November 2023, setiap hari Sabtu di TV9 dan Tonton.
Rakan selebriti yang turut terlibat antaranya Shuib dan isteri iaitu Watie Hanafiah, Didie Alias dan anak (Nur Diyana) serta Wany Kayrie dan ibunya (Mama Kay).