Gambar sekadar hiasan
Seorang penuntut universiti meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang pelakon lelaki yang didakwa telah melarikan diri selepas memintanya untuk menggugurkan kandungan hasil hubungan terlarang mereka sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Selepas Minta Delete Gambar Berseluar Pendek, Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita?
Terpedaya dengan pujuk rayu
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dia kini menghadapi jangkitan di bahagian rahimnya selepas menggugurkan kandungan tersebut.
Dakwa wanita tersebut, dia sudah termakan dengan pujuk rayu pelakon itu yang berjanji untuk menjaganya sekiranya menggugurkan kandungan namun, menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.
Saya ikut segala permintaannya untuk menggugurkan kandungan selepas memujuk saya berulang kali.
Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan.
Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin.
Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab sedangkan saya sekarang terpaksa berulang-alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin.
Saya hanya mengetahui masalah ini dua minggu lalu selepas doktor memberitahu proses pengguguran melalui pil gugur janin yang saya ambil tidak berkesan sepenuhnya. Ada janin yang masih berada di dalam badan.
Tambah wanita itu lagi, pendedahan yang dibuatnya bukanlah bertujuan untuk mengahwini pelakon tersebut namun hanya mahu mendapat keadilan yang sepatutnya.
Menurutnya, dia mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan dan memastikan agar pelakon berkenaan menerima hukuman yang setimpal.
Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan.
Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik.
Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi.
Saya mahu dia menerima balasan yang setimpal. Biarlah saya dan dia diheret ke muka pengadilan atas kesalahan yang kami lakukan. Saya mahu dia belajar daripada pengajaran ini, bukan bebas dan menjalani kehidupan dengan penuh bahagia.
Terdahulu, tular beberapa hantaran tular di TikTok mengaitkan nama seorang pelakon lelaki yang didakwa sudah menghamilkan seorang wanita dan telah melarikan diri dari bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dilakukannya itu.
Sumber: Harian Metro