berita

‘Saya Dapat Rasa Mereka Memerlukan Seseorang…’ – Shuib Buka Hati Kembali Demi Anak-Anak

October 26th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissudin pada 9 Ogos tahun lalu semestinya meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga terutamanya Shuib yang terpaksa membesarkan 4 anaknya tanpa insan tersayang di sisi.

Acap kali digosipkan bercinta dengan beberapa wanita, Shuib akhirnnya dedah anak-anak mula beri petunjuk ingin ibu baru untuk menjadi peneman buat mereka.

Artikel Berkaitan: Bagi Ucapan Sempena ‘Birthday’ Siti Sarah, Shuib Doa Moga Dapat Jumpa Semula – ‘Nak You Jadi Bidadari I’ 

Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Bercinta Dengan Watie, Shuib Kongsi Video Ziarah Pusara Siti Sarah – ‘Hanya Ada Ini’ 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Reaksi Shuib -‘Berat Nafas Yang Dihembus Tu’ 

Ciri-ciri tak penting tapi..

Menerusi laporan Gempak, Shuib menyatakan hatinya seperti dibuka kembali untuk mencari pasangan untuk dirinya dan ibu kepada anak-anaknya. Tambahnya, dia melihat dengan jelas bahawa anak-anak seperti memerlukan seseorang untuk menjada mereka setelah kehilangan seorang ibu.

Anak-anak pernah cakap alangkah seronoknya kalau ada ‘aunty’ untuk teman jalan-jalan. Saya yakin mereka faham apa yang jadi tapi secara zahir, saya nampak mereka ini memerlukan seseorang. Kalau dulu orang tanya bila nak berumah tangga semula, saya tiada jawapan. Tapi sekarang, saya nampak mungkin dah ada ke arah itu, tapi saya belum bersedia untuk berkongsi buat masa sekarang.

Pelawak Shuib turut berkongsi bahawa ciri-ciri seorang isteri tidaklah begitu penting namun perlu mempunyai sifat keibuan yang tinggi buat keempat-empat anaknya. Tambahnya, jika seseorang itu boleh memahami dan serasi dengannya ianya satu ‘bonus’.

Terdahulu, Siti Sarah Raissudin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaannya yang dijangkiti virus Covid-19.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×