Keakraban antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dengan bekas isterinya, Noor Nabila sering mencuri perhatian warganet kerana dilihat tidak pernah berbalah malah menonjolkan sikap profesional terutama dalam hal yang melibatkan anak mereka, Jebat Jayden.
Artikel Berkiatan: [VIDEO] Ucapan Istimewa Sharnaaz Ahmad Kepada Anak Buat Ramai Tersentuh – ‘Baba Lakukan Semua Ini Untuk Jebat Jayden’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila Gembira Layan Amelia Christie, Netizen Cakap Dah Bagi ‘Green Light’ – ‘Dia Hormat Satu Sama Lain’
Demi Jebat Jayden
Memetik laporan BH Online, Nabila atau nama penuhnya Noor Nabila Mohd Noor menyatakan dia dan Sharnaaz mengambil keputusan untuk tidak membuat perjanjian malah aktor itu boleh menjenguk anak mereka pada bila-bila masa.
Menurut Nabila, dia berbuat demikian kerana tidak mahu perpisahan memberi impak negatif terhadap Jebat selain mengambil iktibar daripada perceraian ibu bapanya.
Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini berkata dia sanggup berkorban demi anak lelakinya dan mengenepikan ego.
Saya dan Sharnaaz sudah bercerai selama tiga tahun. Setakat ini, Alhamdulillah. Mula-mula dahulu ada ‘hiccup’ hendak faham. Tetapi, dalam hal ini, perempuan atau ibu kena main peranan lebih daripada bapa.
Untuk info, Nabila bersama pelakon berusia 39 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: BH Online