berita

[VIDEO] Noor Nabila Gembira Layan Amelia Christie, Netizen Cakap Dah Bagi ‘Green Light’ – ‘Dia Hormat Satu Sama Lain’

November 16th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Noor Nabila Amelia Masak

Perkongsian usahawan, Noor Nabila menjadi bualan warganet apabila memuat naik momen bersama teman wanita kepada Sharnaaz Ahmad iaitu Amelia Christie dan Jebat Jayden Ahmad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Happy Birthday Dear Amelia’- Sharnaaz Ahmad Sambut Hari Lahir Kekasih Bersama Jebat Jayden

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz & Nabila Sambut ‘Birthday’ Jebat Jayden Bersama, Mata Netizen ‘Meliar’ Cari Engku Emran

Noor Nabila bergambar bertiga

Noor Nabila Amelia Sharnaaz

Noor Nabila menerusi hantaran di Instagram (IG), mengucapkan terima kasih kepada Amelia, 23, kerana telah menyiapkan juadah makanan untuk mereka.

Kakak kepada Neelofa turut berkongsi foto ‘selfie’ mereka bertiga di rumahnya.

Terima kasih aunty Amelia masak untuk baby and mommy hari ini.

Selain itu, di Instagram Story, Nabila, 40, memuat naik rakaman video yang memaparkan Amelia sedang melayan Jebat bermain badminton.

Noor Nabila layan baik

Noor Nabila Amelia

Noor Nabila Amelia gf Sharnaaz

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap keterbukaan Nabila menerima kehadiran kekasih hati kepada bekas suaminya.

Selain itu, pengikut juga menyifatkan itu adalah tanda ‘green light’ kepada Amelia untuk bergelar ibu tiri kepada Jebat.

@ohbulanofficial Perkongsian usahawan, Noor Nabila menjadi bualan warganet apabila memuat naik momen bersama teman wanita kepada Sharnaaz Ahmad iaitu Amelia Christie dan Jebat Jayden Ahmad ? #ohbulan #sembangentertainment ? original sound – Duta Arranger Korea

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden, 6.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×