berita

‘Saya Diamkan Diri Dulu’ – Nor Hidayah Respon Isu Saman Ali Puteh

August 27th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelawak Ali Puteh dan juga merupakan adik kepada Allayarham Abam Bocey mengakui mengeluarkan saman kepada bekas kakak ipar iaitu Nor Hidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri. Difahamkan, Ali Puteh bertindak demikian adalah kerana ingin membersihkan namanya.

Artikel berkaitan: ‘Semoga Kebenaran Akan Terjawab’ – Mahu Bersihkan Maruah, Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar

Terbaru, balu kepada arwah Abam menerusi laporan Astro Gempak memberi respon terhadap tindakan yang diambil Ali Puteh itu.

Akan tahu perkara sebenar juga

Dakwa Ali Puteh, ibunya terkesan dengan video rakaman dari usahawan kosmetik terkenal itu yang telah viral di media sosial. Atas nasihat peguam, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan Datuk Aliff Syukri.

Susulan itu, Nor Hidayah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang diambil Ali Puteh. Malah, dia mempercayai kebenaran akan terbongkar juga suatu hari nanti.

Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.

Buat demi anak

Tambah Nor Hidayah lagi, apa yang dilakukannya adalah demi anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Hidayah bagaimanapun mengakui membawa tabung berisi wang kertas yang didakwa hasil tabungan bersama arwah.

Dia juga membawa empat utas jam tangan milik arwah dan mengeluarkan RM10,000 daripada akaun  untuk dimasukkan ke dalam akaun anaknya kerana bimbang direbut plantif.

Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×