berita

‘Saya Hanya Berlakon Je’ – Tomok Mohon Maaf Isu Kontroversi Video Muzik Bekas Kekasih

November 12th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Muzik video lagu Bekas Kekasih nyanyian Tomok pernah ditegur PU Amin gara-gara penampilan penyanyi itu yang menyerupai perempuan. Bagaimanapun, PU Amin juga tidak bersetuju cara dakwah yang disampaikan penyanyi tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Tetap Salah & Haram’ – PU Amin Tegur Tomok Jadi Perempuan Dalam Video Klip

Setelah lama Tomok mendiamkan diri tanpa menjelaskan situasi sebenar, akhirnya, dia tampil memberi respon menjelaskan hal berkenaan.

Ya saya faham perkara itu

Assalamualaikum.. banyak perkara yang saya ingin jelaskan di sini.. kita fokus satu-satu dulu ya. Jutaan terima kasih pada mereka yang menegur saya dengan cara baik ataupun sebaliknya. Saya sangat hargai.. dari ustaz sampai ustazah.. penuh timeline saya dua tiga hari ni..terima kasih.

Saya terima kritikan korang dengan terbuka. Salah tetap saya.. ya saya faham perkara itu.. tapi cuba tengok dulu meseg yang saya nak sampaikan dalam muzik video #bekaskekasih please?. kita sambung nanti 

Saya hanya berlakon

Nanti kalau abang perform abang pakai baju perempuan jugak ke? itu antara satu meseg dari ratusan yang saya dapat di instagram, facebook dan twitter berkenaan dengan video muzik terbaru saya #bekaskekasih. Takkan la lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pulak.. takkan sampai ke situ diorang boleh fikir.. apolaaaaa.

Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut.. saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat kat Malaysia sekarang.. bukan suka suka saya berpakaian macam tu.. ada msg yang saya nak sampaikan. Seperti yang saya kata sebelum ini.. yang tak baik jangan ambik.. ambik yang baik saja.

Kesilapan dari saya saya akui.. salah tetap salah.. korang ambik yang baik saja ya..imej saya takkan memang takkan berubah ok. Selamat menonton bekas kekasih.. 

Muzik video Bekas Kekasih

Sehingga hari ini, MV Bekas Kekasih nyanyian Tomok telah mendapat 552ribu tontonan di laman Youtube. Ada segelintir pihak kurang senang dengan penampilan Tomok dan Beto Khusairi dalam muzik video tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang memuji tindakan berani mereka.

Sumber: Tomok

SKIP THIS AD ×