berita

‘Tetap Salah & Haram’ – PU Amin Tegur Tomok Jadi Perempuan Dalam Klip Video

November 8th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Berpewatakan wanita di dalam klip video terbaru Bekas Kekasih, penampilan Tomok dan Beto Kusyairi mendapat pelbagai respon daripada netizen. Mereka beranggapan dua selebriti ini seolah-olah menyokong golongan transgender.

Artikel berkaitan : ‘Tak Kelakar, Hukum Tetap Hukum’ – Netizen ‘Ceramahkan’ Tomok

Pencetus ummah, PU Amin menerusi mStar Online memberitahu tidak bersetuju dengan cara dakwah yang disampaikan penyanyi tersebut. Menurutnya lagi, walaupun berunsur positif cara penyampaian sebegitu tetap salah dan haram.

Jadi perempuan dalam klip video terbaru

Selepas beberapa jam dimuat naik di laman Youtube, klip video ini sehingga kini mendapat 11k tontotan. Di sebalik kecaman menjadi mak nyah, klip video ini walaubagaimanapun mendapat respon positif daripada netizen. Malah, mesej dakwah menerusi video tersebut diakui sampai ke hati penonton, rata-rata turut memuji pendekatan berani Tomok dan Beto Khusairi.

Tetap salah dan haram – PU Amin

Walaupun mempunyai mesej positif yang ingin disampaikan, PU Amin memberitahu berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA ia tetap haram dari segi agama. Tambahnya lagi, selain berpakaian wanita ada cara yang lebih sesuai jika ingin menyampaikan dakwah.

Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.

Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa.

Video muzik itu mungkin akan memberi kesan negatif. Lagi-lagi pada gerakan transgender yang berasakan isu itu bukan lagi sesuatu yang sensitif dalam masyarakat.

Malah, ada kemungkinan besar juga ia akan menjadi satu ikutan. Maksudnya, selepas ini, ramai anak muda atau artis akan melakukan benda yang sama dengan niat hanya suka-suka atau lakonan.

Saya tahu Tomok bukan seperti itu. Tapi sekiranya mahu menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang betul. Saya perlu tegaskan yang haram tetap haram.

Menurutnya, tindakan Tomok itu mungkin akan memberi kesan dan menjadi ikutan golongan tertentu.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

Most Read Today