berita

‘Saya Hidup Tanpa Telefon Di Tangan Selama 10 Hari’ – Rozita Che Wan Reda Terkena Dengan ‘Pickpocket’ Di London

February 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Percutian di Kota London selama 22 hari mengukir kenangan yang mendalam selepas pelakon Rozita Che Wan kehilangan telefon bimbitnya.

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Sedih Tengok Orang Islam Sambut Krismas, Doa Moga Balik Ke Pangkal Jalan

Dugaan …

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia berputih mata apabila hilang barang peribadi yang dipenuhi dengan tuntutan kerja.

Saya anggap sebagai dugaan. Kalau nak tahu, saya paling benci hilang telefon kerana segala perkara berkaitan urusan harian dicatat dan disimpan di situ.

Telefon bimbit sudah umpama diari bergerak. Saya simpan semua, termasuk jadual penggambaran, tarikh mesyuarat, perjanjian segala komitmen dan sebagainya.

Kata aktres berumur 49 tahun ini, dia sudah dimaklumkan tentang perbuatan lincah ‘pickpocket’ serta diingatkan untuk lebih berjaga-jaga namun nasib tidak menyebelahi.

Sebelum ke Eropah, ramai berpesan agar berhati-hati dengan geng penyeluk saku sebab ramai sudah terkena.

Tetapi itulah, dalam berjaga-jaga tetap perkara tidak diingini berlaku. Selama 10 hari juga, saya hidup tanpa telefon di tangan.

Hilang dalam butik

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar mendedahkan dia sedang seronok membeli belah bersama keluarga ketika kejadian berlaku.

Silap saya juga sebab tidak terus simpan telefon dalam beg. Saya letak dalam poket baju berzip sambil melihat koleksi pakaian yang ada pada butik.

Semasa saya nak ambil gambar baju di dalam butik tersebut, baru saya sedar telefon saya dah tak ada. Puas mencari di segala pelosok tempat sebelum membuat laporan kepada pihak sekuriti.

Mereka juga tidak dapat kesan, namun memaklumkan setiap hari berdepan aduan kecurian memandangkan butik itu banyak menerima kehadiran pengunjung, terutama dari luar negara.

Sebelum ini, Che Ta ada memberitahu mengenai kehilangan telefon bimbitnya menerusi akaun Insragram (IG).

SKIP THIS AD ×