berita

‘Saya Jodoh Awak’ – Janna Nick Terima DM Peminat Ajak Kahwin, Dakwa Suruhan Tuhan

June 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon dan pengacara Janna Nick di IG Stories mendedahkan menerima DM daripada pengikutnya yang dipercayai boleh memberi ancaman terhadap dirinya. Difahamkan, pengguna media sosial yang tidak dikenali itu telah menghantar mesej dengan mengajak Janna Nick berkahwin dan didakwanya itu adalah suruhan Tuhan.

Artikel berkaitan: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Berdepan ‘Bipolar Disorder’, Sama Seperti Janna Nick

Artikel berkaitan: ‘Rupanya Dia Tengah Diuji’ – Siti Sarah Terkejut Dapat Tahu Masalah ‘Bipolar Disorder’ Janna Nick

Janna Nick bagaimanapun memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan masalah kesihatan mental yang dihadapi kebanyakan orang tanpa kita sedari.

‘Saya rasa dia ada masalah kesihatan’

Pengguna media sosial tersebut telah menghantar banyak kiriman kepada Janna Nick dengan meluahkan rasa rindu dan ingin berjumpa dengan pengacara itu. Malah, individu tersebut sering respon kepada semua posting di IG Stories Janna. Pengacara itu bagaimanapun tidak pernah melayan atau membalas mesej-mesej tersebut.

Janna menyedari bahawa isu ini adalah sensitif dan menyifatkan individu tersebut mempunyai masalah kesihatan berdasarkan beberapa mesej yang telah dikirimnya.

Saya tahu isu ini sensitif. Tapi saya tak setuju pukul dia adalah cara yang betul untuk mengajar, dengan cara dia DM saya dan posting-posting dia. Saya rasa dia ada masalah kesihatan. Percayalah, setiap manusia adalah tidak sama. Mentaliti! Dari fizikal mungkin nampak okay. Sebab itu, rakyat Malaysia kena lebih sedar dengan kesihatan mental.

Sumber: Janna Nick

SKIP THIS AD ×