Isteri kepada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menafikan dia kini terpaksa menjadi ketua keluarga selepas suaminya mengalami masalah penglihatan yang terhad.
Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Tubuh Kumpulan Nasyid Baru ‘Bismillah’ Bersama Anak & Isteri
Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Alami Masalah Mata Kronik, Terpaksa Guna Tongkat Untuk Berjalan
Menerusi laporan Astro Gempak, Ina memberitahu bahawa suaminya masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga meskipun, dihimpit pelbagai ujian.
Saya kena lebih bertenaga dan kuat
Alhamdulillah, suami saya masih lagi pikul tanggungjawab walaupun tak berapa sihat. Cuma bezanya sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab masih suami tak boleh nak memandu. Biarpun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab yang lain dengan baik.
Menurut Ina, suaminya masih boleh menyanyi, membuat lagu dan melakukan persembahan. Tambahnya, suaminya juga akan mengambil upah mengurut orang sekiranya ada waktu terluang selain menguruskan pembelajaran anak-anak. Jelas Ina, dia hanya perlu memandu sahaja. Ini kerana, suaminya masih belum berupaya membawa kenderaan.
Berniaga makanan selain menyanyi
Saya jenis orang tak suka duduk saja, nak juga buat sesuatu yang manfaat. Saya lebih selesa macam ni.
Ina turut memberitahu dia juga mengambil pendekatan untuk berniaga laksa Kedah dan mi kari. Secara tak langsung, ianya memberikan sedikit pendapatan tambahan buat mereka sekeluarga. Buat pengetahuan korang, Ina dan Suhaimi memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka sejak Ogos 2007.
Sumber: Astro Gempak