berita

‘Saya Masih Waras’ – Fiza Halim Tepis Dakwaan Kenakan Mekap Ketika Solat

January 29th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Sudah sekian lama tidak mendengar khabar berita bekas anggota Elite, Fiza Halim. Kali terakhir namanya dipetik adalah apabila beliau membuka mulut mengenai perkahwinan ketiganya yang dilakukan secara senyap pada tahun lepas.

Terbaru, penyanyi kumpulan popular itu mula mendapat perhatian apabila ada individu yang mendakwa beliau mengenakan solekan ketika sedang solat. Aik, solat pun bermekap ke?

Kongsi foto solat

Fiza dilihat berkongsi swafoto mengenakan telekung sambil duduk di atas sejadah. Rata-rata memuji kecantikan raut wajah penyanyi itu.

Netizen puji

Namun, dalam ramai yang memuji, tercetus salah faham apabila ada individu yang mendakwa beliau memakai solekan ketika solat.

Solat pun nak mekap?

Dakwaan itu nampaknya sampai ke perhatian Fiza yang secara sinis menepis dakwaan tersebut.

Respon sinis Fiza

Adalah lebih baik kalau tidak tahu itu, jangan cepat mengata. Tidak dinafikan, Fiza ini sememangnya memiliki natural beauty, lebih manis lagi selepas beliau berhijab. Rindu pula nak tengok kemunculan Fiza di TV.

Sumber: Instagram Fiza Halim

SKIP THIS AD ×