berita

‘Saya Menangis Minta Diberi Petunjuk’ – Bella Astillah

March 1st, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

aliff aziz

Sehingga ke hari ini kemelut rumah tangga antara Bella Astillah dan Aliff Aziz masih belum ada penghujungnya. Alif Aziz masih lagi mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan.

Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, Bella Astillah telah meminta petunjuk daripada Allah dengan membuat solat Istikharah dan mengaji Al-Quran.

Seminggu tak keluar rumah

Menurut Bella, dia membuat keputusan untuk tidak keluar dan dalam tempoh itulah dia mendekatkan diri kepada Allah. Dia juga telah memanggil seorang ustaz untuk mengajar dan memperbetulkan cara solat dan bacaan al-Quran.

Selama seminggu di rumah, saya solat Istikharah dan mengaji. Saya juga panggil ustaz untuk tengok seterusnya membetulkan cara solat dan bacaan al-Quran. Saya menangis minta diberi petunjuk dan di mana suami berada.

Bukan niat mengaibkan suami

aliff aziz

Bella juga menepis kenyataan pelakon Oktovia Manrose yang menyifatkan dirinya sengaja mengaibkan suaminya berlaku curang di media sosial.

Dia kata saya aibkan suami. Kalau saya mahu berbuat sedemikian, sudah lama. Saya sudah melalui banyak perkara dengan Aliff, jadi lebih tahu dan kenal dia.

Saya berfikir banyak kali sebelum memuat naik hal ini. Saya tidak berasakan ia tindakan salah atau terburu-buru.

Dia pula baru dua minggu kenal suami saya. Bagi saya, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Dalam masa sama, suami saya tetap salah.

Aliff masih tak pulang ke rumah

aliff aziz curang

Sehingga kini, Aliff masih tidak lagi pulang ke rumah dan Bella sendiri tidak tahu di mana keberadaan suaminya. Bella juga memaklumkan bahawa suaminya telah mengakui kesilapan dibuat selepas melihat sendiri bukti video bersama Oktovia Manrose di sebuah kelab malam di ibu kota.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×