Isu penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin masih hangat diperkatakan. Rata-rata berpihak kepada pelajar itu selepas Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri mendakwa Veveonah sengaja ‘membuat drama’ untuk raih publisiti. Kenyataan itu dipadam selepas dikritik ramai orang termasuk abang Veveonah.
Artikel Berkaitan : ‘Ini Baru Internet, Belum Bekalan Air, Elektrik’ – Abang Veveonah Cabar Ahli Parlimen Kudat
Terbaru, Pengerusi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian menerusi akaun Twiter miliknya.
Dia menduduki peperiksaan itu
Beliau mengesahkan perkara ini selepas mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Pusat Asasi Sains UMS. Beliau turut memaklumkan Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah, di UMS
Kenyataan rasmi dan benar
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kenyataan beliau adalah rasmi dan benar kerana beliau merupakan seorang Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dekan itu tersalah ayat. Dia hanya mengatakan bahawa tidak ada ujian untuk pelajar yang mengikuti kursus peringkat ijazah. Hanya untuk mereka yang mengikuti kursus asas sains.
Tambah beliau lagi, kenyataan dekan terdahulu memaklumkan bahawa pelajar peringkat ijazah tidak ada ujian adalah satu kesilapan. Bagi pelajar mengikuti kursus asas sains ada peperiksaan.
Kebenaran terjawab
Sumber : Masidi Manjun