Doktor Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah tampil memohon maaf susulan tindakannya menegur masakan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang dikatakan berminyak dan tidak sihat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Rafidah Tegur Banyak Sangat Minyak, Minta Khairul Aming Sedia Menu Masakan Sihat
Artikel berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Buka Mulut Isu ‘Banyak Sangat Minyak’, Siap Titip Pesanan Makan Jaga ‘Portion’!
Tweet Rafidah disalah anggap
Menerusi satu ciapan terbaharu di laman Twitter, Rafidah berkata hantaran yang dimuat naik sebelum ini telah disalah anggap oleh netizen yang mana dia dikatakan telah menuduh masakkan Khairul Aming merosakkan kesihatan.
Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh Encik Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yang lain. Walaubagaimanapun, harapan saya video-video atau content-content mana-mana influencer ada tertera kandungan kalori.
Memberi pandangan professional
Menurut Rafidah lagi, pandangan yang diutarakannya hanya daripada sudut seorang yang professional. Malah tegasnya, kesihatan adalah perkara yang perlu dititiberatkan oleh semua individu.
Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai.
Terdahulu, tular satu ciapan milik Rafidah yang menasihati Khairul Aming agar mengurangkan minyak dalam masakannya selain meminta pempengaruh itu memperbanyakkan makanan yang lebih berkhasiat.
Sementara itu, Khairul Aming menerusi satu hantaran video tampil dengan dua perspektif daripada dirinya sendiri. Pertama, dia seorang rakyat Malaysia yang mempunyai masalah obesiti dan mahu menurunkan berat badan dan yang kedua pula dari segi ‘food content creator‘.
Sumber: Twitter Rafidah Abdullah