Hari ini trending nombor satu di Twitter nama penyanyi Aliff Aziz yang dikatakan curang buat kali ketiga apabila bergambar mesra bersama seorang gadis TikTok. Berikutan itu, isterinya, Bella Astillah telah mengumumkan bahawa dirinya akan ‘move on‘ tanpa Aliff selepas ini.
Terbaharu, gadis TikTok tersebut yang dikenali sebagai Nismell telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar.
‘Itu bukan salah saya..’
https://www.instagram.com/p/Bxb-zGUpccR/
Menerusi Instagram, dia mengaku bahawa dirinya adalah individu yang bergambar bersama Aliff. Dia juga menjelaskan bahawa gambar tersebut diambil ketika mereka menghadiri ‘private party‘ dan baru mengenali di majlis tersebut. Tambahnya lagi, ketika itu dia dan Aliff tidak melakukan apa-apa yang melanggar batasan kerana turut dihadiri kenalan lain.
Nismell juga menjelaskan bahawa penyebaran gambar tersebut adalah berunsurkan dengki dan memohon maaf dengan apa yang berlaku. Dia juga berasa buntu mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalahnya itu yang turut membabitkan rumah tangga antara Aliff dan Bella.
Sumber: Nismell