berita

‘Saya Mungkin Jadi Perempuan Gila’ – Ernie Zakri Kagum Dengan Kekuatan Wanita Yang Diuji Dalam Rumah Tangga

May 26th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kes rumah tangga disondol ‘penyondol’ semakin berleluasa hingga menyebabkan ada segelintir individu yang memilih untuk tidak berkahwin.

Namun begitu, penyanyi Ernie Zakri menyatakan dia bukan wanita yang kuat untuk menempuhi ujian sebegitu dalam rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Wajah Ernie Zakri Terpampang Di Billboard, New York! Akan Terus Hasilkan Karya Perjuangkan Wanita

Artikel Berkaitan: Live Selamba Di Tiktok, Ernie & Syamel Sentiasa Curi Tumpuan – ‘Boleh Masuk Maharaja Lawak!’

Artikel Berkaitan: #AJL37: Peminat Menangis Ernie Zakri Tak Menang, Syamel Cakap ‘I Love You’

Perempuan meroyan

Ketika ditemui OhBulan!, Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri akui tidak dapat membayangkan dirinya berhadapan masalah ‘penyondol’.

Katanya lagi, dia amat kagum dengan kekuatan wanita-wanita yang diuji dengan gangguan ‘orang ketiga’.

Saya bukan wanita yang kuat untu sudut itu. Siapa je nak suami disondol.

Ada satu saat, saya sampai takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.

Ernie berkata demikian ketika majlis pelantikan Ernie sebagai duta Susu Marigold HL SuperMilk di Avante Hotel, pada Khamis.

Tambah pelantun lagu ‘Ku Bersuara’ itu, dirinya mungkin akan menjadi ‘wanita gila’ yang meroyan jika ada orang ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangganya.

Dalam pada itu, Ernie, 30, memaklumkan sering menasihat satu sama lain dalam rumah tangga untuk sentiasa sedar akan status ‘telah berkahwin’.

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Khawla Soleha.

SKIP THIS AD ×