Setelah drama slot Akasia, Pujaan Hati Kanda diterima baik oleh penonton, pasangan hero dan heroinnya Remy Ishak dan Mira Filzah pula digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ramai peminat drama itu turut mendoakan Remy dan Mira bercinta.
Semalam, satu komen yang ditinggalkan pengikut Remy membuatkan pelakon itu hilang sabar dan menyekolahkan netizen terbabit.
Bergambar dengan ‘Kak Ani’ nasi lemak
Remy memuatnaik fotonya bersama dengan Mira yang digelar ‘Kak Ani’ yang sedang menjual nasi lemak di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. Kedua-dua mereka menghadiri malam Festival Filem Malaysia (FFM30), malam semalam dalam persalinan sedondon biru gelap.
Nasihatkan cabut tudung
Komen yang ditinggalkan netizen bernama Syahirah Mustaffa yang mengatakan Remy sudah ‘naik angau’ dengan pelakon jelita itu membuatkan Remy membalas komen tersebut.
Remy menasihatkan wanita itu untuk mencabut hijab di kepalanya kerana komen yang ditinggalkan tidak sepadan dengan kepala bertutup. Sikap itu juga menurut Remy, memalukan wanita bertudung lain.
Mira sebelum ini dilaporkan Mstar sebagai tidak kisah dikaitkan dengan Remy kerana beranggapan gandingan mereka di kaca TV berjaya menambat hati penonton. Tambahnya lagi, hubungan dengan Remy hanya terhad kepada kerja sahaja dan tidak lebih dari itu.
Peminat doakan kanda dinda bersama
Sumber: Remy Ishak