berita

‘Saya Penat Gila, Malas Nak Komen’ – Kamal Adli Respon Pendedahan Zahirah Macwilson

October 25th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Rentetan pendedahan Zahirah Macwilson, Kamal Adli telah tampil memberikan kenyataan mengenai tindakan pelakon wanita tersebut yang dianggap hanya membangkitkan semula masalah yang telah pun diselesaikan.

Artikel berkaitan: ‘Jadi Matang Sikit, Jangan Perasan Lebih’ – Zahirah Macwilson Tunjuk Bukti Nafi Jadi Orang Ketiga

Ketika dihubungi Mstar sebentar tadi, Kamal memberitahu portal tersebut dia kini tertekan dan tidak mahu lagi memanjangkan isu perhubungannya dengan Emma Maembong yang dilaporkan putus baru-baru ini selepas tiga tahun berkenalan. Menurutnya, perkara itu telah pun diselesaikan secara baik antara dirinya, Emma, Zahirah dan teman lelakinya, Zul Ariffin.

“Saya sudah penat gila, malas nak komen”

Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.

Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu.

Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.

Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja.

“Artis, tapi gado macam budak sekolah”

Dalam pada itu, di ruangan media sosial, kelihatan seperti netizen mengecam sikap pelakon-pelakon tersebut yang dikatakan bersifat kebudak-budakan daripada menyelesaikannya secara matang.

Sumber: Mstar, Kamal Adli

SKIP THIS AD ×