Video viral semburit yang didakwa memaparkan aksi anggota PKR Haziq Aziz bersama seorang menteri telah mendapat liputan meluas. Walaubagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Azmin Ali telah menafikan tuduhan itu dan menganggap sebuah fitnah demi menjatuhkan reputasinya.
Namun begitu, pengarah terkenal Elli Suriati kali ini tampil bersuara dengan analisis lanjut dari dirinya berkenaan video intim yang didakwa telah pun disunting sebelum disebarkan. Apa pula hujahan pengarah Penanggal ini?
Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle
Elli Suriati yakin akan ketulenan video intim yang melibatkan Haziq Aziz dan YB Azmin Ali di dalam klip video tersebut. Menurut pengarah ini lagi, sekiranya video itu disunting maka, ianya memerlukan beberapa sudut kamera (rakaman).
Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle (sudut). High angle, top shot, frontal, title shot dan sebagainya, jadi bila kamu edit, baru dapat bermacam-macam angle.
Malah, video itu didapati tidak menggunakan mana-mana sudut kamera dan hanya menggunakan sudut lebar (wide angle) serta kamera yang digunakan untuk merakam berada dalam keadaan statik. Tambahnya lagi, jika individu itu menggunakan khidmat badan pendua sepastinya memerlukan beberapa lagi teknik berbeza.
Kalau orang berlakon dan pakai body double, akan ada back shot, frontal shot. Kita akan cut backshot menggunakan body double, dan untuk frontal shot, kita menggunakan muka si pelakon.
Saya pernah buat green screen untuk filem
Elli Suriati turut menjelaskan mengenai teknik Imej Janaan Komputer (CGI) dan bagi menggunakan teknik CGI diperlukan pakaian khas berwarna hijau. Dia turut menghujahkan bahawa jika ada unsur suntingan, tidak mungkin warna kulit muka dan kulit leher pelaku dalam video tersebut adalah sama.
Jika seseorang ingin menggunakan teknik tersebut ke atas tubuh badan, seseorang perlu menggunakan pakaian khas berwarna hijau. Kalau nak CGI badan, kena pakai baju warna hijau tu.
Saya pernah buat green screen (layar hijau) untuk filem saya, Penanggal dan muka dalam video tersebut sangat mirip dengan mereka yang terlibat. Badan tu tetap la badan tu. Muka tu tetaplah muka tu.
That’s totally bullshit
Dia turut menyangkal kenyataan segelintir pihak di media sosial yang mengatakan hasil gubahan video dapat siap disunting dalam masa yang singkat. Tambahnya, jika menggunakan teknik suntingan yang sempurna tanpa sebarang cela, ia perlu dilakukan dengan terperinci.
Semalam saya baca dia Facebook mengatakan bahawa kalau bayar RM400, setengah jam boleh siap. That’s totally bullshit.
Kalau awak nak kata benda ini edit, tidak ada satu pun yang menunjukkan kepala dia tidak selari (glitch) dan kalau awak nak edit macam itu, awak kena buat dari satu pemidang ke pemidang (frame by frame) filem.
Saya pengarah. Saya biasa dengan visual. Itu memang kelebihan dan juga sumber rezeki saya. Saya mengatakan bahawa video tersebut adalah tulen.
Sumber: Malaysia Kini