Penyanyi, Tom tidak kisah mengenai kecaman netizen yang tidak suka melihatnya dalam program Famili Duo musim kali ini kerana sedang sarat hamil lima bulan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Berpihak Kepada Sesiapa’ – Shila Amzah Tak Mahu Masuk Campur Urusan Ibu Bapa
Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo
Artikel Berkaitan: Famili Duo Kembali Lagi! Mas Idayu & Ajai Kekal Sebagai Juri, Barisan Peserta Semakin ‘Berbisa’
Artikel Bekaitan: Ryan Bakery Sertai Kelas Vokal Demi Famili Duo, Janji Beri Saingan Kepada Peserta Lain
Pernah menyanyi masa mengandung
Ketika ditemu bual di sidang media Famili Duo di Putrajaya, Sabtu lalu, Tom dan suami, Fuad Rahman berkata mereka tetap dengan keputusan menyertai program realiti tersebut dan berlapang dada menerima kritikan netizen kelak.
Kecaman berlaku lebih-lebih terhadap penyanyi mengandung yang membuat persembahan atas pentas. Saya dah lali dan terbuka menerima apa sahaja kecaman sejak saya kembali aktif dalam industri seni tahun lepas. Tak mengapa, kecaman tidak membawa seseorang itu ke mana-mana. Saya cuma nak cari makan.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram memberitahu, dia pernah aktif menyanyi sewaktu mengandung sebelum ini. Tambah Tom, masa itu dia hanya ada beberapa hari sahaja lagi sebelum bersalin di hospital.
Saya pernah hamil dalam keadaan lebih teruk lagi. Masa itu masih status ibu tunggal dan saya kena menyanyi 25 ke 30 buah lagu di sebuah kelab malam.
Tak cukup dengan itu, saya pakai kasut tumit tinggi. Saya masih ingat pengurus suruh berhenti tapi saya tak mahu. Dua hari selepas itu saya bersalin anak ketiga.
Itu dulu, ketika usia muda. Saya tak nak cakap besar. Cuma saya nak jadikan pengalaman itu sebagai bekalan ke pertandingan Famili Duo nanti.
Disoal sama ada merujuk doktor ataupun tidak sebelum menyertai pertandingan Famili Duo, Tom mengakui dia mendapat khidmat nasihat daripada doktornya.
Dalam pada itu, Fuad memaklumkan dia tidak memaksa Tom sepanjang penglibatan mereka dalam program itu nanti.
Dia sering muntah, tapi masih ada selera makan. Saya nak senangkan dia. Tak mahu paksa. Kalau dia tak larat berlatih, saya lebih mahukan dia berehat.
Dia selalu nyanyi dengan nada tinggi, jadi apabila tampil berdua ini, saya kenalah ‘cover’ lebih lagi ketika buat persembahan. Saya hanya selalu ingatkan agar dia cukup tidur sahaja. Kalau dapat rehat secukupnya tak mustahil boleh beri persembahan terbaik.