Pasangan selebriti iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza baru saja menimang cahaya mata pertama mereka yang bernama Isaac Raees Bin Aiman Hakim. Zahirah juga sering berkongsi foto kecomelan anak lelakinya itu di laman media sosial sehingga meraih perhatian ramai.
Artikel berkaitan: Timang Cahaya Mata Pertama, Zahirah Macwilson Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Artikel berkaitan: Manis Berlesung Pipit, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Tayang Wajah Anak.. Comelnya!
Lebih menjadi tumpuan lagi apabila kelihatan bayi berusia tiga bulan itu hanya duduk diam ketika ibunya sedang disolek untuk sebuah penggambaran.
Tak tinggal baby..
Foto yang dikongsi Zahirah Macwilson ini turut menjadi perhatian ramai. Rata-rata netizen turut memuji sikap pelakon ini yang sayangkan anak kerana tidak mudah untuk ditinggalkan atau diserahkan kepada sesiapa bagi menjaga anaknya itu.
‘Alhamdulillah, saya sangat bertuah’
Namun bagaimanapun, Zahirah bersyukur dan merasakan dirinya bertuah kerana dia mampu membawa Isaac bersama ke set penggambaran tanpa rasa kekok. Katanya lagi, jika tinggalkan anak ke orang lain atau keluarga sendiri tidak bermakna tak sayangkan anak.
Segelintir ibu tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa berkorban untuk mencari rezeki keluarga. Zahirah turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menghargai dan menyokong usaha keras seorang ibu yang bekerja menambah pendapatan keluarga.
Sumber: Zahirah Macwilson