berita

‘Saya Tahu Dia Orang Malaysia…’

July 3rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Datuk Seri Jamal Yunos dipercayai menghilangkan diri semasa ditahan reman di wad premium Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, kira-kira sebulan. Walaupun operasi mencari Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ini giat dijalankan ternyata gagal dan dipercayai dia telah melarikan diri ke negara seberang.

Artikel berkaitan: Sebulan ‘Ghaib’ Jamal Yunos Dicekup Ketika Sedang Gunting Rambut

Terbaru, Datuk Seri Jamal Yunos telah berjaya ditemui di Jakarta, Indonesia semasa di dalam kedai gunting rambut. Tukang gunting rambut Yudi terkejut apabila mengetahui lelaki tersebut adalah individu yang dikehendaki pihak polis Malaysia.

Dia bersikap bersahaja

Menurut laporan Metro, Judi langsung tidak mengesyaki bahawa lelaki itu dikehendaki di Malaysia. Jamal Yunos bersikap bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik atau kerisauan semasa di Alexandro Barber, Jakarta.

Ketika dia (Jamal) masuk, saya tahu dia orang dari Malaysia berdasarkan tutur katanya yang mahu menggunting rambut, tetapi tidak tahu pula dia dikehendaki polis. Saya cuma tahu dia dikehendaki polis apabila sekumpulan lelaki berpakaian biasa menahannya di hadapan kedai selepas selesai menggunting rambut.

Penangkapan Jamal Yunos disahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan semalam dan memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Pengerusi Gerakan Baju Merah itu. Semalam, kira-kira 6.15 petang, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Lebih sebulan pengawasan dan pemantauan dijalankan

Jamal Yunos ditahan selepas POLRI membuat pengawasan dan pemantauan setelah lebih sebulan. Dia ditahan selepas selesai menggunting rambut di kedai tersebut. Dia sebelum ini telah didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Bagaimanapun, dia mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jamin yang dilakukan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×