Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca ayat yang dikongsikan oleh seorang pendengar radio Hot FM melalui aplikasi WhatsApp.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok KJ ‘Fed Up’ Dengan Fafau – ‘Dataran Kau Pergi Dataran Merdeka Lah’
Pilih duit atau cinta?
@hotfm976_ “Duit banyak…takda cinta…kosongnya hidup…” ? Deepnya whatsapp ni! Yang penting kenapa eh @AGAzmeer mention Shah Alam tu! Takda kena mengena dengan @INIREALFAFAU kan? ? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, seorang pendengar berkongsi nukilan yang sangat ‘deep’ membincangkan mengenai hal cinta dan juga duit.
Menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai Osman itu, kehidupan seseorang akan menjadi kosong sekiranya tidak menemui cinta sejati meskipun mereka ditakdirkan untuk mempunyai duit yang banyak.
Ada duit banyak macam mana pun tapi tak ada cinta, kosongnya (rasa) hidup.
Kosong sangat rasa hidup ini kalau tak ada cinta, tetapi semestinya kita perlu bercinta dengan orang yang tepat.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain, Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil menitiskan air mata dan memaklumkan bahawa sekiranya diberikan pilihan, sudah pasti dia juga akan memilih cinta berbanding dengan wang ringgit.
Kalau anda tanya saya, saya tak akan pilih duit sebab saya akan pilih cinta.
Hantaran yang dimuat naik itu turut mendapat perhatian wargamaya yang dilihat memahami perasaan yang dialami oleh Fara.
Sekadar info, Fara sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dan bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang ahli perniagaan namun sayang, majlis itu terpaksa dibatalkan di saat akhir.
Video tular
@hotfm976_ Pagi ni… tiba tiba sedih juga bila tengok @INIREALFAFAU menangis…? Pagi tadi Bekpes Hot berborak tentang pilihan diantara cinta atau duit. Dan ini jawapan Fafau…. To our lovely Fara Fauzana, Kitorang sentiasa doakan yang terbaik buat akak. Because you have such a kind soul. Semoga akak berjumpa cinta sejati dan bersama hingga ke akhir hayat… Kitorang semua suka kacau akak, but…. WE LOVE YOU SO MUCH ?? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Sumber: TikTok