Pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin memaklumkan bahawa sama sekali tidak akan memutihkan kulitnya kerana itu merupakan satu keunikan yang ada pada diri.
Sebaliknya, dia sangat berbangga dengan darah campuran Melayu Pulau Pinang di sebelah ibu dan Nigeria sebelah bapa yang dimilikinya.
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki ‘Tulang Belakang’ Aya Amiruddin – ‘Dia Kata Saya Ada Barang & Kelakar’
Bangga dengan darah campuran dimiliki
Memetik laporan Harian Metro, pempengaruh berusia 26 tahun itu juga meluahkan rasa bersyukur selepas kehadirannya dalam industri hiburan diterima baik rakyat Malaysia.
Saya tak akan sesekali putihkan kulit kerana bagi saya itulah keunikan saya. Orang lain tiada benda ini.
Kalau kulit saya dah sama dengan orang lain, ia tiada beza. Cuma kalau nak kurus, kita tengoklah macam mana nanti.
Alhamdulillah, tak sangka orang boleh terbuka hati begini terima saya. Mula-mula dulu rasa tak yakin juga bolehkah orang terima saya? Tambahan pula kat Malaysia dah ada standard kecantikan untuk artis.
Bercakap mengenai kecaman, Aya akui dirinya juga tidak boleh lari dengan perkara itu namun baginya masih tidak keterlaluan.
Namun bercakap bab kecaman pula, memanglah tak lekang. Itu memang adat tapi tak adalah sampai yang saya tak boleh terima. Tiada yang melampau-lampau sangat.
Body shaming itu sentiasa ada tapi dari saya dari kecil memang dah biasa dan tahu nak kendalikan benda-benda begini. Jadi ia tidak beri kesan besar buat saya.
Tambah Aya lagi, dia juga sama sekali tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang seperti saman dan sebagainya terhadap segelintir wargamaya yang memberikan kata-kata kecaman tersebut.
Ia belum sampai peringkat itu. Rasanya semua orang ada pendapat masing-masing dan tak perlulah saya nak ambil tindakan.
Tapi kalau melampau sangat sampai jadi ancaman kepada diri sendiri dan keluarga itu lainlah.
Tapi kalau setakat cakap-cakap mulut nak kata saya gemuk, lantaklah. Banyak benda lagi saya nak fikir.
Sumber: Harian Metro