Kemelut antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suami yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali nampak gayanya masih belum menemui titik penyelesaian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Nafi Saman Shakilla, Dakwa Nombor Telefon Telah Disekat – ‘Saya Tak Meroyan, Lebih Kepada Luah Perasaan’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Rindu Sangat Dengan Ameena Sofia, Dah Beberapa Malam Asyik Mimpi
Tak halang jumpa anak
Memetik laporan BH Online, Shakilla menafikan dakwaan dia sengaja memisahkan Fizi dengan anak tunggal mereka, Ameena Sofia.
Saya malas nak ulas benda-benda murahan macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan.
Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang.
Aktres berumur 34 tahun turut mengakui dia telah menyekat nombor Fizi di aplikasi WhatsApp. Katanya, dia enggan berurusan mengenai anak dengan orang ketiga.
Ada sebab kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, soalan itu kena tanya pada Fizi sendiri.
Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga. Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama murahan.
Saya ibu kandung Ameena, jadi kesihatan mentalnya lebih menjadi keutamaan saya.
Fizi pilih luah di media sosial
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri menyatakan ada banyak jalan dan usaha yang boleh digunakan Fizi sekiranya mahu berjumpa anak.
Bagaimanapun, Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar.
Jadi, tidak mengapalah, biarlah dia.
Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Kemudian, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menyatakan Shakilla Khoriri telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla pada 18 Februari 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sumber: BH Online